Selamat Melayari Blog SJK (C) Khuen Hean.

Program 2015



  • 30-12-2014 - Program Orientasi Tahun 1
  • 19-01-2015 - Kempen Anti-denggi
  • 19-01-2015 - Pertandingan Kebersihan Kelas bermula
  • 26-01-2015 hingga 30-01-2015 - Minggu Kempen Budi Bahasa
  • 27-01-2015 - Bacaan Pagi Bermula
  • 09-02-2015 hingga 13-02-2015 - Minggu Bahasa Malaysia
  • 09-02-2015 - Kelas Pemulihan BM Tahun 5 bermula
  • 17-02-2015 - Pertandingan kaligrafi Bahasa Cina
  • 23-02-2015 - Aktiviti Ko-kurikulum bermula
  • 23-02-2015 - Kelas Tuisyen Tahun 4 - 6 bermula
  • 06-03-2015 - Mesyuarat Agung PIBG 2015
  • 06-03-2015 hingga 13-03-2015 - Ujian 1 semester 1 bagi Tahun 6
  • 23-03-2015 - Latihan sukan bermula
  • 29-04-2015 - Sukan Sekolah




PENGENALAN RIMUP







Latar Belakang


Kementerian Pelajaran Malaysia telah melancarkan program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) sejak tahun 1986. Program ini pada awalnya telah dilaksanakan di peringkat sekolah rendah dan kini diperluaskan ke semua sekolah rendah dan menengah pada tahun 2005.

Kementerian Pelajaran Malaysia memandang berat akan pentingnya dijalin hubungan yang rapat antara murid pelbagai kaum di sekolah supaya wujud kesefahaman dan perpaduan antara mereka. Dengan adanya persefahaman dan berbaik sangka maka akan timbul suasana hormat-menghormati terhadap agama, budaya dan adat resam sesuatu kaum dengan kaum yang lain.

Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan peluang kepada murid pelbagai kaum untuk bergaul mesra secara sedar dan terancang. Proses perpaduan ini dapat dipupuk dan dibina agar semangat tersebut dapat diamalkan dalam masyarakat. Semua aktiviti dirancang untuk mewujudkan integrasi dan perpaduan antara murid pelbagai kaum oleh semua pihak yang terlibat.

Kementerian Pelajaran Malaysia berpendapat bahawa usaha yang lebih gigih hendaklah dijana semula ke arah merealisasikan hasrat kerajaan untuk menjadikan rakyat Malaysia hidup bersatu padu dan harmoni.


Konsep

RIMUP ialah satu program yang menggalakkan penglibatan masyarakat setempat, para guru dan kerjasama murid-murid dalam kegiatan-kegiatan khas serta penggunaan bersama kemudahan, peralatan, penggemblengan tenaga dan kepakaran.


Matlamat

Matlamat RIMUP adalah untuk melahirkan generasi Malaysia yang berilmu pengetahuan, memiliki jiwa dan peribadi yang unggul, bersemangat muhibah dan mampu menghadapi cabaran secara kolektif dan bersepadu.


Objektif Rancangan

RIMUP menggariskan empat objektif utama, iaitu:

  • Menggalakkan penyertaan masyarakat setempat, para guru dan murid serta warga sekolah dari peringkat sekolah rendah hingga sekolah menengah dalam kegiatan-kegiatan khas secara bersama-sama.
  • Mewujudkan sikap kerjasama, tolong-menolong dan mewujudkan suasana muhibah secara sedar dan terancang.
  • Melahirkan persefahaman dan tolenrasi antara murid pelbagai kaum di sekolah.
  • Berkongsi kemudahan, peralatan, tenaga dan kepakaran untuk menjayakan kegiatan-kegiatan khas secara bersama-sama.