Selamat Melayari Blog SJK (C) Khuen Hean.

Program 2015



  • 30-12-2014 - Program Orientasi Tahun 1
  • 19-01-2015 - Kempen Anti-denggi
  • 19-01-2015 - Pertandingan Kebersihan Kelas bermula
  • 26-01-2015 hingga 30-01-2015 - Minggu Kempen Budi Bahasa
  • 27-01-2015 - Bacaan Pagi Bermula
  • 09-02-2015 hingga 13-02-2015 - Minggu Bahasa Malaysia
  • 09-02-2015 - Kelas Pemulihan BM Tahun 5 bermula
  • 17-02-2015 - Pertandingan kaligrafi Bahasa Cina
  • 23-02-2015 - Aktiviti Ko-kurikulum bermula
  • 23-02-2015 - Kelas Tuisyen Tahun 4 - 6 bermula
  • 06-03-2015 - Mesyuarat Agung PIBG 2015
  • 06-03-2015 hingga 13-03-2015 - Ujian 1 semester 1 bagi Tahun 6
  • 23-03-2015 - Latihan sukan bermula
  • 29-04-2015 - Sukan Sekolah




Sejarah Sekolah

Latar belakang sejarah sekolah

Sejarah sekolah dan perkembangannya:

En. Hong Yee Siong bersama beberapa orang pemimpin tempatan telah bermesyuarat pada tahun 1932 untuk menubuhkan sebuah sekolah rendah cina. Dengan itu, sekolah cina tersebut iaitu Sekolah Khuen Hean telah pun ditubuhkan. En. Hong Yee Siong telah dipilih sebagai Pengerusi lembaga Sekolah dan beliau telah meminjamkan kedai beliau untuk dijadikan sekolah tanpa sewa selama 6 tahun. Sekolah Khuen Hean telah dibuka pada 1 mac 1932 dan En. Hong Chin Hooi dilantik menjadi guru besar. Pada masa itu, bilangan murid hanya seramai 17 orang sahaja.


Bangunan awal sekolah

Pada tahun 1935, pihak sekolah telah membeli sebidang tanah untuk dijadikan tapak sekolah dengan harga RM 400.00. Luas tanah tersebut lebih kurang 2 ekar yang terletak berhampiran dengan tepi sungai iaitu tapak sekolah pusat. Lembaga Pengurus Sekolah berikhtiar untuk memungut wang derma daripada orang ramai untuk membina bangunan sekolah sendiri. Akhirnya bangunan
sekolah baru pun didirikan pada tahun 1940. Bangunan sekolah tersebut mempunyai 4 bilik darjah, sebuah dewan dan sebuah pejabat guru bersama asrama guru yang menelan belanja sebanyak RM 7,000.00. Pada masa itu, terdapat 3 orang guru dan jumlah murid adalah seramai 88 orang.



Antara tahun 1942 - 1945, iaitu s
emasa pendudukan tentera Jepun, Sekolah Khuen Hean terpaksa ditutup. Setelah tamat Perang Dunia Kedua, Sekolah Rendah Khuen Hean dibuka semula pada 15 November 1945. En. Ong Kuai Yee telah dipilih menjadi Pengerusi Lembaga Pengurus Sekolah dan En. Liew Boon Ping dilantik menjadi Guru Besar. Terdapat 3 oarng guru dan 80 orang murid semasa sekolah dibuka semula. Pada masa darurat, kerajaan telah memindahkan penduduk-penduduk persekitaran untuk menubuhkan Kampung Baru Changkat Kruing. Oleh yang demikian, bilangan penduduk kampung bertambah dan murid sekolah pun turut bertambah. Bilik darjah yang sedia ada adalah tidak mencukupi untuk memuatkan pertambahan murid. Di samping itu, tapak sekolah juga tidak cukup luas untuk perkembangan sekolah. Oleh itu sesi petang terpaksa diadakan. Dalam tahun 1954, pihak kerajaan telah memberikan sebidang tanah untuk mendirikan sekolah cawangan. Luas tanah tersebut lebih kurang 3 ekar. Pada tahun yang sama, 4 buah bilik darjah dan asrama guru telah dibina. Ini merupakan permulaan sejarah sekolah cawangan. Walaubagaimana pun, pentadbiran sekolah pusat dan sekolah cawangan Khuen Hean diselaraskan. Jumlah murid pada masa itu melebihi 300 orang dan guru seramai 8 orang.


Sekolah Rendah Khuen Hean terus berkembang dalam tahun 60an. Pada tahun 1962, Kementerian Pendidikan meluluskan Sekolah Rendah Khuen Hean ditukarkan nama menjadi SRJK(C) Khuen Hean. Jumlah murid telah meningkat melebihi 500 orang dan guru seramai 17 orang. Di samping itu, terdapat juga seorang kerani, pembantu am dan tukang kebun. Pada akhir tahun 1962, dengan adanya wang bantuan kerajaan, 3 buah bilik darjah baru telah dibina di sekolah di sebelah pagi dan sesi petang telah dihapuskan.

Dalam tahun 70 an dan 80 an, banyak projek telah dirancangkan seperti mendirikan perpustakaan, kantin, tandas, membuat pagar, membina gelangang bola keranjang, gelangang badminton, mengecat semula bilik darjah dan sebagainya di sekolah pusat dan sekolah cawangan. Rancangan untuk membina sebuah bangunan baru sekolah 3 tingkat telah dijalankan oleh Jawatankuasa Pembinaan Baru. Ahli-ahlinya terdiri daripada Lembaga Pengurus Sekolah, Persatuan Ibu Bapa Dan Guru dan Persatuan Murid-Murid Tua Khuen Hean. Jawatankuasa ini telah memainkan peranan yang penting dalam melaksanakan rancangan tersebut.


Upacara Pecah Tanah pada 30 Ogos 1990
Projek pembinaan sekolah 3 tingkat telah dimulakan pada 30 Julai 1990. Murid-murid di sekolah cawangan terpaksa dipindahkan ke sekolah pusat pada sesi petang. Bangunan baru ini mengandungi 21 bilik darjah, termasuk pejabat guru dan sebuah kantin yang besar. Bangunan ini telah menelan perbelanjaan sebanyak RM 800,000.00. Pihak sekolah berjaya mendapat bantuan modal sebanyak RM 100,000.00 dari Kementerian Pendidikan. RM 700,000.00 yang lain didermakan oleh orang ramai. termasuk RM 400,000.00 diuruskan oleh Dato' Seri Dr. Lim Keng Yaik. Proses pembinaan dapat dijalankan dengan licin. Bangunan baru ini telah digunakan pada 26 Ogos 1991. Semua murid dan juga guru dapat menikmati berbagai kemudahan dan kelengkapan di bamgunan sekolah baru ini. Lembaga Pengurus Sekolah telah mengadakan upacara perasmian pada 1 Februari 1992. Yang Berbahagia Dato' Seri Lim Keng Yaik dijemput menyempurnakan upacara perasmian bangunan baru mi pada hari yang sungguh mulia dan bererti ini.




Upacara Perasmian SRJK (C) Khuen Hean pada 1 Februari 1992