Selamat Melayari Blog SJK (C) Khuen Hean.

Program 2015



  • 30-12-2014 - Program Orientasi Tahun 1
  • 19-01-2015 - Kempen Anti-denggi
  • 19-01-2015 - Pertandingan Kebersihan Kelas bermula
  • 26-01-2015 hingga 30-01-2015 - Minggu Kempen Budi Bahasa
  • 27-01-2015 - Bacaan Pagi Bermula
  • 09-02-2015 hingga 13-02-2015 - Minggu Bahasa Malaysia
  • 09-02-2015 - Kelas Pemulihan BM Tahun 5 bermula
  • 17-02-2015 - Pertandingan kaligrafi Bahasa Cina
  • 23-02-2015 - Aktiviti Ko-kurikulum bermula
  • 23-02-2015 - Kelas Tuisyen Tahun 4 - 6 bermula
  • 06-03-2015 - Mesyuarat Agung PIBG 2015
  • 06-03-2015 hingga 13-03-2015 - Ujian 1 semester 1 bagi Tahun 6
  • 23-03-2015 - Latihan sukan bermula
  • 29-04-2015 - Sukan Sekolah




Piagam dan Cogankata


Piagam Sekolah


"Kami sentiasa memberi khidmat bakti yang bermutu tinggi kepada pelajar untuk memastikan pendidikan bersepadu yang meliputi aspek Rohani, Intelek dan Jasmani dilaksanakan dengan berkesan dan berhasil ke arah pembentukan insan yang berilmu, berketerampilan, berakhlak tinggi, bertanggungjawab, kreatif, produktif dan berbakti untuk meningkatkan mutu pendidikan demi mencapai cita-cita Wawasan 2020."



Cogankata Sekolah




1) Bersopan-santun
Dari segi sahsiah, murid-murid bersopan dan mematuhi peraturan sekolah serta arahan guru-guru.

2) Kesetiaan
Dari segi kelakuan, murid-murid mementingkan keharmonian dalam masyarakat sekolah, bermesra antara rakan-rakan, saudara-mara, ahli keluarganya dan juga guru-guru serta boleh tolong-menolong antara satu sama lain.

3) Amanah
Bersih dan suci dalam fikiran, perbuatan dan bahasa.

4) Kesedaran
Kesedaran untuk menuju ke arah masyarakat maju, rajin dan bertanggungjawab.



Dengan cogan kata tersebut, pihak sekolah ingin menitikberatkan penerapan nilai-nilai murni tersebut demi menbentuk murid-murid yang berilmu pengetahuan, bertanggungjawab, mempunyai kesedaran terhadap perubahan atau kemajuan dalam masyarakatnya, bersemangat taat setia terhadap negara yang tidak berbelah, berketerampilan, berakhlak mulia, berdisiplin, berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri dan memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.